iloveyou AIN
aku lihat kat tingkap hujan masih belum berhenti, "hmm lambatnyee hujan nak behenti", kataku sendirian. ingat nak keluar tapi hujan mengangu perancangan aku. perut tenga lapar nih. Arghhhhh bosanyaa. Tak lama tuh hujan pun berhenti, fuhh lega oden.aku pun pergi kat kedai mamak untuk makan. Then ternampak sesuatu yg amat menarik pandangan aku.Seorang peminta sedekah yg tak henti henti meminta sedekah dari meja ke meja dekat restoran yg aku nak makan, tapi aku mcm kenal sangat dgn org tuh. "siapa eah ? " kataku sendirian dalam hati. Tak lama pun peminta sedekah tuh datang kat meja aku, " dik minta sedikit wang, pakcik lapar dah seminggu pakcik tak makan" kata peminta sedekah itu. Hati kau sayup sangat dan aku lihat wajah dia seperti aku kenal sangat dgn dia. "pakcik duduk la sini dulu, saya belanje makan, nak?" kata aku kepada si peminta sedekah itu. peminta sedekah itu kelihatan malu sangat, tapi akhirnya tewas dengan pujukan aku agar dia makan dahulu besama aku. Aku lihat mata dia seperti menyimpan seribu keperitan tanpa ada sedikit ruang pun untuk kegembiraan. Aku seperti dapat mengenal pasti siapa dia sebernanya, aku lihat dari segi percakapan dia, dari segi perwatakkan yg malu kepada aku, seperti dia jugak kenal aku. Aku cube memulakan perbualan antara kami dengan bertanye berapa umur dia, duduk kat mane dan macam macam lagi aku tembak dia dgn soalan agar aku dapat mengenal pasti siapa dia. Dia memberitahu aku yg dia berumur 30 tahun, tapi yg laen langsung tak dijawab. Aku seperti tidak mempercayai yg dia berumur 30 tahun, sedangkan muka dia tampak muda lagi dan bersih cuma ada kekotoran mungkin disebabkan persekitaran yg dia duduki sebelum ini. Aku cube merancakkan perbualan kami dgn lawak lawak yg aku buat dan akhirnya dia tewas jugak, tertawa jugak akhirnya lelaki ini. HIHI. Aku tanye nama dia siapa, dia cakap name dia Johan, aku buat buat tak percaya dan meminta dia menunjukkan IC dia. Dia pun ingin menunjukkan IC dia dan mase dia nak bukak dompet dia terjatuh satu kat pelajar. Aku terkedu apabila melihat kat itu sebab kat itu seperti kat sekolah lame aku. Aku terus mengambil kat itu dan melihat siapa dia, dan ternyata betul sangkaan aku, dia adalah orang yg pernah menyukai aku dan pernah membuat gempak dekat sekolah hanye disebabkan gosip kami. Aku lihat dia seperti mahu bangun dari kerusi dan ingin pergi. Aku segera menarik tangan dia agar dia tidak pergi kerana aku kasihan melihat dia. Aku ingin tahu kenape dia jadi begitu. Dahulu kami sama sekolah, dan sekarang dia menjadi pengemis dan aku pula berjaya menjadi pemilik syarikat kerepek yg sangat berjaya dan berkembang luas. Aku segera bertanye "kenapa helmi mesti menipu ain ? " kataku kepada helmi. Berulang kali aku menanye kan perkara yang sama kepada dia tapi tetap tidak dijawab. Aku tetap tak mahu berputus asa. "ok kalau helmi tak mahu jawab itu maknanya helmi tak sukekan ain lagi kan? " , kataku pada helmi. Dia terus memandang wajah aku dan menjawab " helmi malu nak bercakap dengan ain, ain da punyai segala galanya sekarang padahal kita sesama menuntut ilmu dahulu dan cukuplah sekadar helmi dapat berjumpa ain setelah bertahun lamanya helmi menunggu Ain. Aku segera menghabiskan makanan aku dan ingin ebrbual panjang dengan dia. Setelah makanan kami habis, aku segera bayar dan mengajak helmi mengikuti aku. Daus kelihatan berat sekali untuk mengikuti aku tapi aku percaya dia takkan melepaskan peluang ini kerana aku tahu dia masih menyukai aku. Dia bingkas bangun dan mengikuti aku ke kereta aku. Dia seperti terkejut dgn kereta yg aku pakai iaitu BMW series 5. Aku tahu itu kereta yg paling diminati helmi kerana dia pernah cakap dekat aku yg dia ingin membeli BMW series 5 sebagai syarat untuk mengajak aku selepas kami habis sekolah. Aku lihat pakaian dia compang camping dan aku pergi ke kedai pakain untuk membeli kannya pakaian. Aku meyuruh dia duduk sebentar dalam kereta sementara aku ke membelikannya pakaian sebentar. Aku membeliannya jersi malaysia dan seluar Jeans satu. Dia malu untuk menerima tapi dia ambil jugak kerana desakkan aku. Aku pergi ke stesen minyak yg berdekatan dan menyuruh dia menukar pakaian. Setelah siap dia menukar pakaian itu kau pun menuju ke taman rekreasi yg berdekatan untuk dia meluahkan segala perasaan dia. Pada mulanya dia malu untuk membuka cerita tapi disebabkan aku yg bertanya macam macam dia pun mengalah. Dia memberitahu yang keluarga dia sudah meninggal semasa ingin melawat dia yang menuntut di Universiti Malaya dan selepas itu dia berhenti belajar dan berkerja untuk menaggung bil dan segala gala bayaran yg perlu dia hadapi. Akhirnya dia menjual rumah dan segala yg dia hadapi kerana tidak mampu. bayangkanlah gajinya cuma RM500 dan dia perlu membayar hampir Rm400 sebulan, nak makan ape kan kalau macam tuh. Dia cuba meminta pertolongan dari sedara mara yg dia punyai tapi semua seperti membuang dia kerana mereka menyalahkan dia sebagai punca keluarganya kemalangan hingga meragut semua nyawa keluarganya. Dan akhirnya dia meminta sedekah kerana dia seperti hilang akal, ape yang dia miliki hilng dalam sekelip mata. Kehidupannya amat perit sekali, pada waktu siang dia akan meminta sedekah dan pada waktu malam dia akan tidur dimana mana sahaje seperti di kaki lima atau pun di belakang bangunan. Tanpa aku sedar air aku mata kau mengalir dan lantas helmi yang mengelap kan air mata itu dengan sapu tangannya yang kotor itu tp disebabkan hatinya yang ikhlas mengelapkan air mata aku membuatkan aku merasa sangat tenang pada ketika itu. Aku cube mengajak untuk dia bekerja dengan aku dan tinggal dgn aku memandangkan aku belum berkahwin dan masih duduk dengan keluarga. Keluarga menyambutnya dengan gembira dan dia kelihatan gembira sekali. Helmi mengucapkan terima kasih kepada aku dan berjanji akan membalas jasa aku. Waktu rehat telah pun tiba. Aku ingin mengajak helmi pergi lunch dengan aku, dan dia menyambut ajakan aku dengan baek. Ketika kami sedang lunch aku bersuara, "helmi awak masih suke kan saya ? " kata aku kepada helmi. Kulihat muka Helmi begitu terkejut dengan soalan yang aku lontarkan kepadanya. " saya tak pernah melupakan ain, saya sentiasa berharap agar dapat diketemukan dengan Ain, tetapi kita ni ibarat bumi dan langit. Kita tak sama taraf langsung, awak majikan saya dan saya hanyalah pekerja awak. Takkan awak nak orang macam saya ? tak takut hidup susah? " jawab helmi dengan bersahaja. Aku terdiam sebentar dan menjawab " kalau helmi tak nak saya takpelah". Aku sebernanye sudah lama menyukai caranya yang caring terhadap aku, susa senang aku sentiasa dia ada bersama aku. " nantilah tunggu daus dah kaye sikit kita nikah terus eah" jawab helmi lantas mengejutkan aku dari lamunan. Setelah siap menjamu selera di KFC kami balik ke tempat kerja dan menyambung semula kerja yg kami tinggalkan hampir sejam tadi. Helmi ditugaskan sebagai supervisor pembukusan. 5 tahun sudah kami berkerja bersama. Hari ini 13 april 2012 dan besok ialah 14 april 2012. yeahh besok hari jadi helmi, "aku nak bagi hadiah ape eak untuk mamat ni besok" kata aku sendirian.# "Ain ape ni ? tak nak saya terima hadiah awak ni, besar sangat la. Lagipun saya mane reti bawak kereta", kata helmi sambil memuncungkan mulutnya. Aku ketawa sendirian melihat gaya helmi apabila aku menghadiahkan kereta aku padanya, dia kelihatan macam budak kecil yg mendapat mainan. Aku tahu Helmi gembira sangat apabila dia mendapat kereta BMW 5 series yg diidamkannya semenjak dari sekolah menengah lagi.# " ahh hausnya", ngomel aku sendirian. aku lihat jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi. Aku pun keluar dari bilik aku dan menuju dengan penuh gaya malas ke dapur. Semasa aku nak ke dapur, aku terdengar orang menangis. Aku cube mencari dari mana arah suara itu, "seperti suara helmi je ni" kata aku. Aku cuba selak sedikit pintu bilik daus dan ternyata dia sedang menangis tetapi kenape ? soalan itu tetibe bermain dalam pikiran aku. aku lihat dia sedang menulis sesuatu seperti diari. "Helmi kenape tak tidur lagi nih ? dah malam kan, besok kerja kan" kata aku perlahan padanya. HElmi terkejut lantas menutup buku diarinya dan cepat cepat mengelap air matanya. " err takde papelah ain, cume tulis tentang kita dalm diari ni" jawab daus bersahaja. Aku meminta izin untuk membaca diari itu dari Helmi. "bila saya da tiada nanti baru awak boleh baca" kata daus dengan ketawa. "ee orang betol betol ni dia maen maen pulak" kata aku dengan marah manja. " dah dah dah ni kenape tak tiddur lagi ? sesuka hati masuk bilik orang, nanti kene tangkap basah baru tahu, kata daus dengan nada yg sedikit tegas. " ain haus ingt nak minum air tetibe dengar ade orang gembeng nangis pulak tadi, tu yang kesini tadi" ajuk ain kepada Helmi. "dah pergi minum air sane" kata helmi pada Ain dengan lebih tegas kerana dia cukup malu dengan ape yg diperkatakan tadi. " mencicit ain lari sambil ketawa apabila helmi kata begitu padanya.# Aku bangun pagi dan memulakan hari aku seprti biasa. Setelah siap siap Helmi akan seperti biasa menunggu aku untuk pergi kerja bersama sama dengannya. Kami memang belum berkahwin tetapi ibu bapa aku dah percayakan Helmi dan mengangap Helmi seperti anak sendiri. Sebab itulah Helmi dapat duduk serumah dengan kami sekeluarga. Lagipun dia sentiasa menjaga adabnya apabila dia dengan aku tinggal seorang dirumah. Helmi telah ditugaskan oleh Dato' Nur Azmi untuk menjaga aku sepanjang dia dan isterinya tiada dirumah. Maklumlah anak tunggal seperti aku mestilah manja denga family sendiri. Semasa didalam kereta helmi bertanye pada aku " ain nak tanye boleh ?", tanye helmi pada aku. "haa nak tanye banyak kuasa dua pun boleh", kata aku sambil ketawa. " ish dia ni, pepagi da senget. sebernaya helmi nak tanya kalau suatu hari nanti daus nak menikah dengan ain boleh ?" kata daus dengan nada suara yg terketar ketar. " kenape tak sekarang ? eeeee dia ni, orang da sayang dia sangat sangat taw, so bila nak menikah ? saya ON je, kata ain dengan selamba. " la betul ni ? kawen jum nak ?" usik Helmi kepada ain. "Ehh, lebih lebih pulak mamat ni, NO WAY ! menikah dulu", jawab ain dengan nada yang sedikit marah tetapi dia tahu yang Helmi sekadar bergurau.# setelah samapi di tempat kerja, helmi tetibe berkata " ain hari ni kita kerja setengah hari taw, Dato suruh " kata helmi pada ain. " hmmm kenape pulak?" soal ain pada helmi. "biarlah rahsia" jawab helmi sambil mencuit pingang ain. "eee dia ni kan " kata kata itu terus mengomel dari mulut ain dan mengejar Helmi. Berlari lari mereka di tempat kerja sambil ketawa terbahak bahak. "eh ni nak kerja ke nak main polis entry ?" kata Dato azmi pada mereka berdua apabila terserempak dengan ain dan helmi yg sedang berkejar kejar. "dia ni ayah maen cuit cuit orang, sakit tau tak"kata ain sambil memuncungkan mulutnya pada ayahnya yanag juga pengurus di situ. "alaaa orang gurau dengan Ain je ayah", kata helmi sambil mengibas ngibas kan najunya kerana berpeluh disebabkan berlari lari tadi. "eh eh eh bila naek pangkat ni nak pangil ayah ni," , kacau Dato azmi pada helmi. " errr terAyah pulak tadi, sorii la big boss" kacau helmi pada dato azmi pulak. tertawa terbahak bahak mereka disitu.# jam sudah menunjukkan pukul satu setengah tengahari. Helmi terus menuju ke bilik Ain untuk mengajak pergi keluar makan. " oi adik manis, sudah la tu, jum makan", kata helmi pada ain. "eh awak ni terkejut saya taw, laen kali ketok la pintu tu, eeee dia ni kan,", marah ain pada helmi. "hehek, sori laa , da jum jum makan," kata helmi pada ain sambil menarik tangan ain dari terus membuat kerjanya. Ain memang seorang pekerja yg rajin dan tidak pernah tak siap kerjanya, pasti semua akan siap pada waktu yang ditetapkan. selepas mereka makan, helmi terus memandu kereta ke kedai perkahwinan. " dah kenape awak bawak saya ke sini, da nak kawen ke? " kata ain pada helmi. Belum lagilah, tapi ayah awak tuh suruh awak pergi ukur baju dan pilih baju mana yg sesuai untuk perkahwinan kita nanti", jawab helmi pada ain. " betul ni, jum jum jum" , kata ain yang terus keluar dari kereta. " ha awaak suka baju yang mane?" ,kata helmi pada ain. "yang tu la awak , cantik sangat la" , kata ain pada helmi sambil menundingkan jarinya pada baju pengantin yang berwarna biru itu. " cik tolong ambilkan baju itu," kata helmi pada pekerja kedai itu. "mahu cuba atau pun tidak " kata pekerja itu kepada mereka berdua. " saya nak cube terus boleh ?" , kata ain pada pekerja itu. "boleh jugak kerana kami sedang membuat promosi sekarang, jika cik berkenanan cik boleh terus membelinya", kata pekerja itu kepada ain. " takpe saya mahu cuba dahulu eah" , kata ain pada pekerja kedai itu. "wah canteknya awak ain " , kata helmi selepas dia mencuba memakai baju itu. " haa saya da cube awak bile pulak?" , soal ain pada helmi. "yelah tunggu jap eah" , bebel helmi pada ain. "ain, ok tak saya pakai baju nih?" , kata helmi pada ain. "boleh la boleh la", usik ain pada helmi. "eeee tahulah saya tak hensem nak menganjing pulak", kata helmi pada ain sambil memuncungkan mulutnya. " ee saya gurau je laa wak" kata ain pada helmi sambil memeluk tangan helmi lantas meninggalkan kedai itu setelah membeli baju yg mereka sukai.# "ain !! bangun hari ni kau kene kawen taw !" kejut ibunya. "ape ni mak, nak tipu pun tak agak agak la" , kata ain pada ibunya. "dah bangun hari ni kau kene nikah dgn Helmi tahu tak" , kata ibunya. "haaa bia betol mak ni, dia takde cakap pun dgn ain", lantas ain bangun memandang ibunya. " semalam korang berdua pergi beli baju kawen kan, itu ayah kau yang suruh taw tak " , jawab ibu nya dgn selamba. "ee ayah ni memang nak kene taw ", kata ain sambil memuncungkan mulutnya. "dah pergi mandi, sekarang baru pukul 5 pagi, nanti pukul 8 pagi mak andam datang" , kata ibunya pada ain. "macam tak percaya je, mimpike aku ni" , kata ain sendirian dalam hati lantas pergi mandi. selepas mandi tetibe ain dapat mesej daripada helmi yang berbunyi begini " selamat apgi ain nur atika dato' azmi. hari ni saya dan family awak beri hadiah paling berharga untuk awak. hope awak dapat terima dan hargainya eah". tersenyum apabila ain mendapat mesej sebegitu daripada helmi. Lalu ain membalas, "saya sudah lama menerima awak helmi".# "aku nikahkan kau muhammad helmi bin ishak dengan ain nura atika binti dato' azmi beserta mas kahwen berharga rm 55.50 sen", kata juru nikah kepada helmi dan helmi menjawab " aku terima nikahnya beserta mas kahwin rm 55.50 sen" jawb helmi. perkataan alhamdulillah kuat kedengaran apebila helmi dapat menjawab lafaz nikah dengan hanya sekali lafaz sahaja. "ahh penatnya hari ni awak" , keluh ain pada helmi. "ehh perempuan yang kuat bekerja pun kenal jugak erti penat eah" , kata helmi pada ain. "ee awak ingt saya ni robot ape ? " marah manje ain pada helmi. "yelaaa mintaa maaf awak. Eh saya sayang awak sanagt sangat taw" , kata helmi sambil memeluk ain. "saya pun sayang awak sangat sangat sangat sangat sangat" , ajuk ain pada helmi. "awak cube lihat bulan tuh terang sangat kan," soal helmi pada ain. "haah terang sangat kenape awak ? , jawab ain sambil menyoal kepada suami 'baru'nya itu. " saya harap sayang awak tak seperti cahaya bulan itu eah" , kata helmi pada ain. "eh ape amksud awak ni" , soal ain pada helmi. " maksud saya, saya tak nak awak hanya sayang saya sekejap dan sekejap lagi awak benci saya seperti cahaya bulan lah. kejap terang dan kejap malap." , jawab helmi pada ain. "yela yela awak saya takkan sia sia kan awak eah, eh awak jum tidur " , ajak ain pada helmi. "jum laaa awak ", kata helmi sambil memeluk lebih erat tubuh isteri yang terlalu dia sayangkan itu.Pagi itu kami ke tempat kerja seperti biasa. Aku memberitahu Helmi bahawa hari itu dia perlu ke Kuala Lumpur bersama ayahnya atas satu urusan kerja. Dia mempelawa Helmi untuk turut serta ke sana .Namun, ajakan itu ditolak Helmi dengan baik. “Saya ada kerja sikit lah awak. Lagipun, hari ni kan ada stok kerepek baru yang masuk.” Nyata aku sedikit hampa dengan jawapan itu. Namun, aku menerima alasan itu dan berangkat ke Kuala Lumpur bersama Dato’ Azmi. Helmi meneruskan kerjanya seperti biasa. Tiba2 dia berasa haus. Dia ke pantry untuk menghilangkan hausnya. Ketika itu, dia merasakan kepalanya begitu berat. Seolah2 dihempap dengan bongkah batu yang besar. Tetapi dia tidak menghiraukan sakit itu. “Alah, biasalah ni.. banyak kerja..” fikirnya. Dia cuba menahan rasa sakit itu namun nyata dia tidak berdaya melawannya. Dia pengsan tiba2. Irfan yang berada berhampiran dengannya segera memapahnya ke kereta untuk dibawa ke hospital. Di hospital, doktor yang merawatnya memberitahu bahawa barah otak yang dihidapinya sekian lama sudah mencapai tahap ketiga. Sungguh dia terkejut mendengar berita itu. Dahulu, ketika dia tahu tentang penyakit itu, ia masih di peringkat pertama. Oleh kerana kesempitan hidup, dia tidak menjalankan rawatan seperti yang disyorkan oleh doktor walaupun penyakit itu sering mengganggu tugas hariannya. Paling menyedihkan, doktor itu memberitahu bahawa peluang hidup yang dia ada cumalah 50/50. Mungkin peluang hidup yang dia ada hanyalah 3 bulan. Hanya Allah yang tahu betapa luluh hatinya saat itu. Satu2nya usaha yang boleh dilakukan hanyalah membuat pembedahan dengan secepat mungkin. Ketika ditanya mengenai kos pembedahan tersebut, doktor itu memberitahu ianya menelan kos sebanyak RM 25,000. Gulp! Helmi menelan liur. Mana mungkin dia memperoleh wang sebanyak itu. Dia sendiri bekerja di bawah isterinya. Meminta kepada Ain? Ah, aku sudah terlalu banyak terhutang budi dengannya dan keluarganya. Lalu dengan siapa? Keluarganya? Dia sendiri tidak mengetahui di mana keluarganya selama ini. Segera fikirannya melayang kepada Ain. Isteri yang baru dinikahinya hampir 5 buln. Dia berasa sangat bahagia atas perkahwinan itu. Ya Allah, kenapa ini yang terjadi saat aku baru mengecapi nikmat kebahagiaan bersama isteriku? Aku tidak mahu meninggalkannya lagi ya Allah.. Segera dia beristighfar. Dia sedar, sebagai hambaNya, dia perlu menerima qada’ dan qadar seadanya. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk tidak memberitahu Ain mengenai penyakit itu. Biarlah dia menanggung sakit itu seorang diri. Biarlah dia menderita sampai suatu saat ajal menjemputnya.. Asalkan Ain bahagia. Hari2 seterusnya dilalui dengan senyuman yang sentiasa terukir di bibir walaupun dia sedang bertarung dengan penyakitnya yang semakin hari semakin teruk. Seperti biasa, segalanya diluahkan dalam diarinya. Diari yang menjadi saksi segala kisah hidupnya. Entah kenapa, dia tidak mahu berenggang daripada Ain. Ada kalanya Ain pelik juga melihat perubahan sikapnya.. Suatu malam, Ain bertanya sesuatu kepadanya. “Awak, saya nak tanya sikit boleh?”..”Boleh, untuk awak semua boleh..tanya banyak2 pun takpe..”Ain tersenyum mendengar jawapan itu. “Em, Ain peliklah.. kenapa semenjak 2 menjak ni awak macam happy jer memnjang.. mna saya pergi semua awak nak ikut..” Wajah Helmi berubah ketika dia mendengar soalan itu. Namun, tidak dia tunjukkan di hadapan Ain. Bimbang dapat dikesan. Dia memandang Ain seketika sebelum menjawab soalan tersebut. Ain sedang menunggu jawapan darinya. “Em, kenapa? Ain tak suke eh klau saya happy..Ain tak suke eh klau saya ikut Ain jer..Klau Ain tak suke, it’s okay.. lepas ni saya tak ikut Ain lg dah..” Helmi seolah2 berjauh hati dengan Ain. Dia bingkas bangun menuju ke koridor. Dalam hatinya, hanya Allah yang tahu. Dia sedih bila mengenangkan isterinya. Untuk memberitahu, tidak mungkin kerana itu akan melukakan hati Ain. Ain yang masih duduk di sofa memandang ke arah suaminya. Dia tersenyum sendirian. Suaminya sudah pandai merajuk. Fikirnya.. Dia menuju ke koridor. Memeluk lengan suaminya dari belakang dan melentokkan kepalanya di bahu Helmi. Helmi hanya membiarkan isterinya. “Awak, saya tak kisah pun kalau awak buat semua tu.. saya lg happy klau awak happy.. takdelah, saya cume pelik jer, dulu kan.. awak tak suke ikut saya ke sana ke mari.. mesti awak taknak ikut.. tp skrg, awak selalu ada dengan saya ke mana pun saya pergi..saya lg suke mcm tu..” Helmi tersenyum mendengar kata2 Ain. Dia segera memeluk isterinya erat seakan tidak mahu dilepaskan lagi.
Helmi bercadang untuk membawa aku bercuti. Dia mahu membawa aku ke Pulau Perhentian, sebuah pulau di Terengganu. Aku sudah lama mengidamkan melancong ke tempat itu. Melalui cerita teman2ku, tempat itu sangat cantik dan menenangkan. Lantas aku bersetuju dengan cadangannya lantaran aku juga seolah2 tidak ada waktu untuk bercuti kerana kesibukan bekerja. Kami menaiki kapal terbang dari airport Senai. Kami menghabiskan percutian itu sebaiknya. Aku berharap percutian itu bisa meninggalkan lipatan memori yang indah dalam hidupku. Namun, entah kenapa.. aku melihat Helmi sering termenung sendirian. Kadangkala, dia mengadu sakit kepala dan minta dipicitkan. Saat aku mengajukan pertanyaan tentangnya, jawapannya..”Alah, sakit sikit jer ni wak..biasalah..awak janganlah risau yee..” Aku menerima jawapan itu walaupun masih tidak berpuas hati. Aku melihat dia seolah2 menanggung sesuatu masalah. Hari itu, kami berjalan2 di sekitar pulau yang indah itu. Suasananya sungguh menenangkan.. jauh dari hiruk pikuk kota. Tibe2, Helmi terjelepok jatuh. Aku segera memapahnya membawanya duduk di kerusi di situ. “Awak kenapa nii? Awak janganlah mcam ni..awak sakit ya?” Aku segera memegang dahinya. Terasa dedar. “Awak.. kita balik jhor ye? Saya risau laa..ye?” Aku memujuknya. Helmi memandangku lesu dan berkata,”Takpe lah awak..saya okey..”Aku berasa geram tibe2. “Awak, kita balik ye..”Aku memandangnya. Agak lama dia berdiam diri.”Yelahh..”katanya. Hari itu, aku ke klinik. Helmi ditinggalkan di rumah. Mahu berehat katanya. Aku beritahu kepadanya, aku hanya ingin mengambil ubat dan dia mengizinkannya. Sebenarnya, bukan itu tujuanku. Kebelakangan ini, aku sering sakit kepala. Aku ingin memberitahu suamiku namun memikirkan keadaannya yang agak teruk membuatkan aku membatalkan hasratku. Aku pergi ke Klinik Idaman. Setelah diperiksa, doktor yang kukenali sebagai Doktor Kamil memberitahu bahawa aku telah hamil ! Berita ini amat menggembirakan hatiku. Aku ingin segera memberitahu Helmi. Pasti ini merupakan berita yang baik untuknya. Pulang ke rumah, dia bertanya mengenai ubat yang aku ambil. Perlahan aku menarik tangannya. “Awak, saya ada benda nak ckap ni..tp, awak jgn marah eh..” Aku bertekateki dengannya. “Hah, awak kenapa? Awak sakit? Demam ke?” Aku ketawa kecil. Lucu melihat dia menggelabah seperti itu. “Taklah..Ain…Ain…Ain..mengandung!!”Aku memandang Helmi untuk melihat reaksi Helmi. Dia terdiam seketika. Perlahan2 dia tersenyum dan menggenggam tanganku erat. “Tahniah sayang..so, mulai sekarang..awak kne jage kesihatan..jangan wat keje2 berat..ye?” Muka Helmi penuh dengan kerisauan. Meletus ketawaku. Dia mengerutkan dahi.”Kenapa Ain ketawa?”..”Takdelah..awak tu..janganlah serius sangat..saya tau..okey2..” Keesokan harinya, kami ke tempat kerja. Aku melangsaikan segala tugasan aku yang agak tergendala sejak kebelakangan ini. Leka menyiapkan kerja, sehingga tidak perasan waktu rehat sudah tiba. Aku bergerak ke bilik Helmi. Sudah menjadi kelaziman kami makan tengahari bersama ketika waktu rehat. Ketika aku melintasi kilang membuat kerepek, aku mellihat sekumpulan pekerjaku sedang mengerumuni sesuatu. Salah seorang daripada mereka ternampak aku. Dia lebih kukenali sebagai Aminah. Dia berlari anak menuju ke arahku. “Puan Ain, Encik Helmi..dia…dia..pengsan!” Aku terkejut mendengar kata2 Aminah. Segera aku mencelah di tengah2 orang yang yang berkerumun itu. Jelas wajah Helmi di ruang mataku. Aku memangku kepalanya. “Awak, awak kenapa ni.. Bangunlah..awak..” Tiada reaksi. Aku menoleh ke arah salah seorang daripada mereka lantas bertanya, “Dah call ambulans?” “Dah puan, kejap lagi mereka sampai..” Ketika di dalam ambulans, aku tidak berhenti menangis. Sesampainya di hospital, Helmi dikejarkan ke ruang ICU. Ibu bapaku datang setelah aku menghubungi mereka. Ibuku tidak berhenti menenangkanku. “Sabarlah nak.. Helmi mesti selamat.. berdoalah..” Tiba2, doktor yang ditugaskan merawat Helmi keluar. “Maaf, siapa isteri Encik Helmi di sini?” Aku segera memberitahunya. “Saya doktor, saya isterinya. Macam mana keadaan suami saya doktor?” Aku memandang wajah doktor itu. Daripada riak wajahnya, aku tahu sesuatu yang buruk telah berlaku. “Maafkan saya cik, kami tidak dapat menyelamatkan suami cik..” Hatiku luluh..hancur mendengar berita itu. Hampir sahaja aku pitam. Tiba2 bapaku mencelah, “Doktor, kalau saya boleh tau..apa penyakitnya doktor” Doktor itu memandang hairan. “Dia menghidapi barah otak” Sekali lagi aku terkejut mendengar berita itu. Kenapa Helmi merahsiakan penyakitnya? Kenapaaa? “Saya mengucapkan takziah kepada keluarganya cik.. Saya berharap cik dapat menguruskan urusan pengebumian segera. Sekali lagi saya memohon maaf..”Kata doktor itu dan dia berlalu pergi.
Seminggu setelah pemergian Helmi, aku masih bersedih. Suatu hari.. aku membuka almari pakaiannya. Memeluk pakaiannya satu persatu. Air mata ini tumpah lagi. Ketika aku membelek2 pakaiannya, aku ternampak sebuah buku. Aku menarik keluar buku tersebut dan membukanya..
9 mac 2016
Hri nie adalah hr bhagie aku.. Aku lari drpd khidupn gelp aku! Seseorang yg aku cinta dh tlong aku! Ain.. dia memg berhati mlia.. aku dbnarkn mnumpg di rumhnya.. Malah, bapanya menawarkn aku menjdi ank agkt mreka.. Ya Allah, terima kasih kerana memprtemukn kmi kmbali.. Aku sntiasa bdoa adanya jdoh aku dgnnya..
16 April 2016
Dato’ Azmi nk jmpe aku? Knape ek? Cuak jgk aku mule2. Mnelahh tau aku ade wat salah.. Tp, Dato’ tnya aku, aku nie ad feeling ke kat Ain? Klau ade ckap.. Pkcik boleh tlong.. Pkcik tgok, Ain pun mcm ad hati dgn kmu.. Aku tersenyum.. Sukelah tu.,katanya. Perasaan ini tak boleh dselindung lg. lps tuh , dy bg kd kredit. Aku tkjut jgk.. asl pulak? Rupe2nya dia sruh aku pi crik bju pgntin.. tp, dia kate.. tak yah bgtau ain.. nikah 5 mei nti.. mse birthday dia.. kita wat surprise.. msti dia suke.. Pndai jgk Dato’ Azmi nie.. Wlaupun msih tkjut, aku terima dgn ati yg tbuke.. Alhamdulillah ..
5 Mei 2016
Hari bersejarahku! Ain sah menjadi isteriku. Mcam nak tgelak tgok muke dia yg mcam tak percaye.. Ape2 pun, aku salut dgn bpk mntue aku.. pndai dia wat surprise.. Aku berjanji pd diri aku utk mnjage dia sebaiknya.. Dia amanahku sekarang.. Ya Allah bantulah aku utk mnjadi seorg suami yg baik..
Air mataku menitik membasahi diari arwah Helmi. Sungguh mulia hatinya. Aku meneruskan pembacaan.
2 Ogos 2016
Barah otak! Sekian lame aku cube mlupakan pnyakit ini. Nmun, hari ni dia datg lg. Dktor kte, ni dah pringkat 3. Dah teruk! Bgtau ain? Tak mgkin! Aku taknak dia risau! Life chance, 50/50. Memg ini dktor yg kate.. tp, khendak Allah spe tau kan? Aku msti kuat! Aku tak boleh tnjuk aku lemah!
Aku menutup diari itu. Aku tidak sanggup untuk meneruskan pembacaan.. Ketika aku ingin meletakkan buku itu di atas meja, sepucuk surat terjatuh dan aku segera membukanya.
Assalamualaikum..
Ke hadapan isteriku Ain.. Mungkin masa awak bace surat ni.. saya dah takde lg kat dnia ni.. mgkin saya dalam pjalanan ke alam yang kekal selama2nya. Ain, maafkan saya kalau2 saya merahsiakan penyakit saya. Bukan taknak beritahu, tp.. saya taknak awak kcewa.. saya taknak awak sedih.. Saya taknak awak layan saya macam orang yang dah nak takde.. Saya taknak.. Saya nak awak layan saya mcam biasa.. Awak, saya mintak maap ye.. semue salah silap saya.. drpd mule2 kite kenal mase form 2 dlu, smpailah awak jd milik saya yg sah.. saya tau terlalu banyak salah saya kan.. Maafkan saya kalau selama ni, saya tak mampu menjadi seorang pekerja, kawan dan suami yang baik untuk awak.. Ain, sejujurnya.. saya terhutang budi dengan awak.. Awak dah selamatkan saya drpd terus hidup melarat.. jd pngemis.. Saya ingat, lepas awak pindah dulu, saya takkan jumpe awak lg smpai bile2.. tp, saya silap.. jodoh pertemuan di tgn Allah kan.. Sya jumpe awak lg walaupun bukan dalam keadaan yg saya inginkan.. Saya bersyukur Dia mempertemukan kita.. Terima kasih Ain.. Saya tau, terima kasih saya tak cukup untuk balas semua budi awak dan keluarga awak..Ain, saya nak..awak jaga anak kita baik2..Didiklah dia jd anak yg soleh.. Sedih bila memikirkan anak yg lahir nanti tanpa bapa.. Maafkan saya ye.. Nnti, beritahu dia.. ayah dia sentiasa mendoakan kebahagiaan dia.. Sayangi anak itu kerana dia adalah anugerah daripada Allah.. Dan, dia adalah amanah kita.. Tp sayangnya, saya tak sempat nak menunaikan amanah tu.. Maafkan saya sebab tak dapat membahagiakan awak.. Awak, rasenye sampai sini jer letter ni.. tak larat nak tulis dah.. Sampaikan salam sayang saya kepada keluarga Ain.. Jaga diri elok2.. Seandainya Ain jumpe dgn lelaki yg lebih baik drpd saya, saya sudah merestuinya.. Saya tak kisah.. Sekurang2nye, awak ada teman nnti.. Lastly, saya nak awak tau.. saya tak pernah berhenti cintakan awak… Moge2 kita dapat bersama lagi kat syurga nanti ye..
Salam Sayang,
Suamimu Helmi..
Bercucuran air mataku. Surat itu kulipat perlahan. Aku tenggelam dalam tangisan. Dalam diam, aku berjanji.. Aku tidak mensia2kan amanah ini. Dan Helmi, aku tidak akan pernah berhenti mencintainya hingga akhir hayatku.
+++ END OF A LOVE STORYY +++

